WAH CHAN menipu pelanggan untuk kaut keuntungan yang banyak....






'Dipaksa Beli Emas Di Wah Chan'




Kejadian ini sebagai peringatan untuk semua agar lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kami tertarik dengan tawaran yang diberikan dan bersetuju dengan harga 'trade in' yang ditawarkan. Beliau memberitahu kami nilai yang perlu kami tambah dan kami bersetuju.

Dalam proses kami mengambil duit, rupa-rupanya pihak kedai telah meleburkan barang kami. Bila kami datang semula untuk membayar, tiba-tiba harga yang ditawarkan tadi sudah bertukar dan kami dipaksa menambah sejumlah wang lagi dengan alasan emas tadi telah menjadi ringan.

Tak pernah kedai emas melebur barang pelanggan sebelum pelanggan membuat pembayaran terlebih dahulu.

Dengan rasa yang tidak puas hati, kami mengamuk dan mereka tidak mahu memberikan resit pembelian sehingga kami mengugut mahu membuat laporan polis.

Kami tidak kisah bila semua orang pandang kami terjerit-jerit dan mengambuk kerana tawaran pertama ada pada kami sebagai bukti.

Kakitangan Wah Chan yang berurusan dengan mangsa. (Gambar oleh Atoi)

Dokumen kedua yang pihak kedai memaksa kami menurunkan tandatangan, kami tidak berbuat demikian kerana harga di resit berlainan. Setelah kami ugut, barulah pihak kedai memberikan barang yang kami beli (Barang kita dia lebur tetapi barang yang kita beli mereka tak nak beri).

Kami masih bertekak dengan pihak kedai untuk mendapatkan resit. Mungkin kalau mak saya orang kampung dan tidak bekerja, pastinya sudah menjadi mangsa penipuan mereka.

Nasihat saya, janganlah beli emas di Wah Chan penipu. Minta sebarkan agar menjadi peringatan dan iktibar pada yang lain. - Atoi Marley

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "WAH CHAN menipu pelanggan untuk kaut keuntungan yang banyak...."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info