terlalu mahal untuk bayaran mengajar mengaji..biarlah berpada-pada semoga dapat keredhaan


Mufti Perlis berkata walaupun golongan berkenaan akan berasa tidak senang dengan teguran itu dan menuduh pengkritiknya sebagai Wahhabi, namun imam besar Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri tidak melakukan perkara demikian.

“Tanyalah mereka apakah imam-imam Ahli Sunnah yang mulia seperti Abu Hanifah, Malik, Syafii, Ahmad, al-Thauri, al- Auza’i dan seumpamanya mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas nama agama semasa hayat mereka?

“Bahkan pendapat al-Imam al-Syafii bahawa hadiah bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.

“Jika beliau hidup di zaman ini, nescaya beliau juga dituduh Wahhabi oleh golongan Ahbash dan penyokong Syiah yang berbaju Sunni yang berkeliaran ketika ini,” katanya di laman Facebook miliknya lewat malam tadi.

Asri berkata walaupun ulama berbeza pendapat tentang hadiah bacaan Al-Quran kepada si mati, namun adakah mereka menyuruh mengaut keuntungan atas nama agama seperti ini.
Click Here

“Jangan sampai nanti orang menganggap duit boleh beli syurga melalui wakil-wakil Tuhan yang mencetak pahala buat si kaya!

“Kembalilah kepada Ahli Sunnah yang tulen seperti yang diamalkan oleh generasi salafus soleh,” katanya.

Asri menerusi tulisan sama menyiarkan potongan iklan tiga ustaz di Singapura yang menuntut upah bagi khatam Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan bayaran antara $S350 (RM1,068) dan $S500 (RM1,525).

Manakala seorang lagi ustaz menuntut $S1,000 (RM3,051) jika khatam Al-Quran itu diadakan di rumah sendiri diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

Walaupun mufti itu tidak menamakan ustaz-ustaz terbabit tetapi imej iklan tersebut memuatkan nama mereka.

    Dr Maza: Tanyalah mereka apakah imam-imam ASWJ yang mulia seperti Abu Hanifah, Malik, Al-Syafii, Ahmad, al-Thauri, al- Auza’i dan seumpamanya mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas nama agama semasa hayat mereka?!!

    Bahkan pendapat al-Imam al-Syafii bahawa hadiah bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati. Ini dinukilkan oleh al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim dan Ibn Kathir dalam Tafsir Ibn Kathir ketika menafsirkan Surah al-Najm.

    Jika beliau hidup di zaman ini nescaya beliau juga dituduh wahabi oleh golongan Ahbash dan penyokong Syiah yang berbaju sunni yang berkeliaran ketika ini.

    Ya, ulama ada berbeza pendapat tentang hadiah bacaan al-Quran kepada si mati, namun apakah mereka menyuruh kita mengaut keuntungan atas nama agama yang seperti ini?!!

    Jangan sampai nanti orang menganggap duit boleh beli syurga melalui wakil-wakil Tuhan yang mencetak pahala buat si kaya!!!

    Kembalilah kepada ASWJ yang tulen seperti yang diamalkan oleh generasi Salafussoleh,” – MRM




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "terlalu mahal untuk bayaran mengajar mengaji..biarlah berpada-pada semoga dapat keredhaan"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info