syukur anakku selamat dari jadi mangsa culik..mungkin penculik akan cari mangsa lain pula




RAWANG - Seorang pelajar tingkatan satu hampir diculik sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah van, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam, remaja berusia 13 tahun itu dalam perjalanan pulang dari rumah datuknya di Bandar Tasik Puteri , di sini.

Datuk mangsa berkata, cucunya dipercayai diekori sebuah kenderaan ketika sedang mengayuh basikal pulang ke rumah.

“Menyedari ada sebuah van datang dari arah belakang, sebelum terdengar suara yang memanggilnya, dia kemudian berhenti mengayuh apabila menyangka suara itu adalah rakannya.

“Sekumpulan penjenayah yang dipercayai terdiri daripada lima orang itu cuba menarik cucu saya ke dalam van, mujur cucu saya sempat menyelamatkan diri,” katannya.

Roshmi berkata, cucunya itu kemudian melarikan diri, sebelum memaklumkan kepada keluarga.

“Terdapat kesan calar dibadan cucu saya dipercayai akibat berlaku pergelutan dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh mangsa dan ahli keluarganya malam tadi kerana bimbang keselamatan mereka.

Berikutan kejadian itu, persatuan penduduk telah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan taman perumahan berkenaan.

Penduduk juga berharap pihak berkuasa terutama polis lebih kerap melakukan rondaan di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku pada masa akan datang.




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "syukur anakku selamat dari jadi mangsa culik..mungkin penculik akan cari mangsa lain pula"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info