semakin membiak manusia membuat zina...bayi jadi mangsa keadaan....



FENOMENA KELAHIRAN SEPTEMBER

Sepanjang September ini permohonan untuk menempatkan gadis yang bakal melahirkan anak tiba-tiba naik mendadak.

Selama ini umum mengaitkan dengan acara pesta tahun baru yang menjadi sambutan tahunan dengan pelbagai acara maksiat. Kami tidak menafikan fenomena ini. Namun bagi kami, zina hari ini tidak lagi mengikut musim. Ia sudah menjadi satu ketagihan, baik pada anak laki-laki mahupun gadis remaja kita. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk berzina.

Antara fenomena kehamilan luar nikah terkini yang amat menyedihkan ialah terlalu banyak kes gadis OKU yang ‘dibuntingkan’ berkali-kali oleh jantan gila yang tidak berperi kemanusiaan. Ada pula yang menangguk di air keruh. Bayi-bayi ini diperdagangkan pula untuk mengaut keuntungan yang lumayan.

LANGKAWI JADI TEMPAT SEMBUNYI

Seorang sukarelawan kami baru pulang dari Langkawi kerana menjalani kursus di bidang perubatan. Beliau juga kongsikan satu fenomena yang menyedihkan. Seorang Pegawai Perubatan Sosial mengeluh dengan fenomena yang sama. Sepanjang September dan awal Oktober ini beliau telah menyambut lebih 30 kelahiran bayi luar nikah.

Doktor yang membuat soal siasat atas arahan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu memberitahu bahawa Langkawi menjadi pusat anak-anak gadis terlanjur ini ‘melarikan diri’ dan bersembunyi sementara menunggu hari kelahiran bayinya. Mereka hanya perlu menyewa rumah untuk sebulan dua sementara menanti hari melahirkan.

Antara perkongsian sedih ialah situasi bagaimana anak-anak dara Islam diratah oleh ‘penguasa’ kilang dan syarikat luar Langkawi yang mengadakan program ‘Annual dinner’ di Langkawi. Sama sahaja, baik yang bertudung atau yang memang sedia seksi. Semuanya mabuk dan ‘lupa diri’. Boleh dikatakan satu hotel itu menjadi pesta seks selepas majlis jamuan itu.

Pernah berlaku satu kes, di mana 15 orang gadis kilang hamil selepas majlis jamuan tahunan kilang dari Penang itu di Langkawi. Ibubapa yang tidak langsung cemburu dengan gerak langkah anak mereka hanya mampu mencari PAK SANGGUP dengan menawarkan motosikal dan wang saguhati untuk menutup malu anaknya.

Tidak pasti berapa ramai yang tidak hamil namun telah ikut berzina. Masalah besar di situ ialah pegawai dan pengarah kilang ramai lelaki dan pekerja kilangnya pula ramai perempuan. Sifat gedik remaja kita pula akan mula berlumba-lumba ‘melakukan’ dirinya apabila nampak ‘bos-bos lelaki’ mereka mula memilih rakan sekerjanya. Akhirnya ‘kenyanglah’ bos-bos mereka.

HAKIKAT ZINA YANG ‘DITAJA’

Baru-baru ini negara gempar dengan 2 kes gadis 11 tahun hamil. Semalam berita TV Awani melapurkan tertangkapnya salah seorang lelaki yang ‘membuntingkan’ gadis sunti 11 tahun di Negeri Sembilan itu. Walaubagaimanapun bayi gadis ini diberitakan meninggal dunia akibat dari komplikasi dalam kandungan.

Walaupun ramai juga anak gadis yang terpengaruh oleh rakan sebaya dan pelbagai pancaroba media, namun hampir semua kes yang dirujuk kepada kami menampakkan dengan jelas adanya faktor KELALAIAN MELAMPAU di pihak ibu bapa dan penjaga.

Dari hasil kajian kami sendiri, boleh dikatakan banyak kes yang DITAJA tanpa sengaja oleh faktor kelalaian ibubapa ini. Antaranya adalah bagaimana ibubapa yang sudah berkali-kali diingatkan juga masih membiarkan anak-anak mereka terus leka dengan tablet, telefon pintar dan internet mereka tanpa kawalan.

Anak-anak juga dibiarkan berkeliaran berkepit dengan teman lelaki/wanita tanpa kawalan. Sebahagian pasangan remaja mengakui ibubapanya malah DENGAN SELESA membiarkan gadisnya berdua-duaan berminggu-minggu bersama teman lelakinya di RUMAH SENDIRI. Ibubapa sendiri mengalu-alukan teman lelakinya datang dari luar kota dan menginap di rumahnya. Padahal ibubapa juga sering tiada di rumah. Siapakah yang harus dipersalahkan untuk amalan zina dalam situasi ini?

Selain itu ramai ibubapa, khususnya dari golongan berada yang telah MENAJA gejala ini dengan memberikan wang yang banyak dan kenderaan yang ‘selesa’ untuk anaknya. Begitu ramai yang mengaku berzina dalam kereta. Sebahagiannya boleh kita tonton rakaman videonya di internet.

Anihnya, sebahagian gadis terlanjur ini sengaja merakam sendiri video ranjangnya dan memuat naik ke internet berkali-kali. Mereka tidak merasa malu atau kesalpun video mereka terpapar di internet. Inilah tanda akhir zaman. MALU sudah bukan lagi jadi sebahagian daripada mekanisma IMAN.

REAKSI IBU BAPA

Kebanyakan ibubapa kepada gadis yang telah terlanjur hamil ini jadi buntu. Hakikatnya, menaja zina dengan cara membiarkan anak gadis mereka diratah jantan hidung belang pun sudah menampakkan sifat lemahnya ibubapa. Tidak peliklah apabila setelah tahu anaknya hamil juga mereka masih bersifat DING DONG….

Tindakan paling biasa ibubapa ialah mencari PAK SANGGUP untuk jadi bapa kepada cucu mereka atau membiayai saja pengguguran haram. Sebahagian lain marah dan menghalau anak mereka. Ramai juga yang pasrah dan memelihara sendiri cucu mereka atau menyerahkannya kepada keluarga angkat.

Dalam banyak kes, anak gadis ini terpaksa mengatur tindakan sendiri. Bagi yang agak gila-gila, mereka akan meneruskan zina sampai ‘kenyang’ semasa tempoh hamil. Sebahagian lain menggugurkan kandungan atau membuang bayinya. Ada juga yang sengaja menjual bayi mereka.

Yang lebih menyedihkan ialah kes anak gadis bawah umur yang 'naif' dan terperangkap dengan jantan hidung belang tanpa tahu kesan akibatnya. Ada yang diperkosa ‘hanya sekali’ semasa tidak sedarkan diri kesan arak dan dadah lalu terus hamil. Sepanjang 9 bulan itu mereka bersembunyi mencari jalan keluar.

Pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa ramai mangsa rogol ‘mengenali’ pelakunya. Kami bersetuju dengan kenyataan itu melalui kaji selidik kami sendiri. Berzina dengan gadis bawah umur ini dikira rogol walaupun atas dasar suka sama suka. Namun ramai lelaki perogol yang 'dilepaskan' begitu sahaja.

Hal ini diakui sendiri oleh pihak polis dan para ibubapa. Alasannya kerana tindakan undang-undang itu malah memalukan dan menyusahkan keluarga. Jika pelaku berjaya dihukum sekalipun kleluarga mangsa tidak dapat apa-apa. Lagipun kes sebegini terlalu banyak, sukar dibuktikan dan polis pula ada banyak kerja. Mereka tidak akan bertindak tanpa laporan dari pihak keluarga mangsa.

KESIMPULAN

Kita sedih dengan fenomena ini namun itu lebih baik daripada mereka ini membuang bayi mereka merata-rata seperti kebanyakan yang lain.

Allah melarang kita mendekati zina. Itulah cara ianya dicegah. Sekadar mendekati apa sahaja 'acara' yang boleh membawa kepada zina pun sudah di larang. Oleh itu cegahlah anak-anak kita. Merasa cemburulah dengan pakaian dan kelakuan mereka, hubungan dengan teman lelaki dan tempat-tempat yang mereka lawati.

Kita boleh fahami apa yang difikirkan oleh ibubapa. Tidak guna tangkap perogol anaknya kerana kerosakan telahpun berlaku. Anak yang hamil tetap telah rosak. Jika didenda, disebat atau dipenjara sekalipun perogol yang berjaya merogol anaknya dengan ‘selesa’, anaknya itu yang telah pun rosak dan keluarga tidak akan dapat apa-apa.

Pekalah...cemburulah…cegahlah... prihatinlah dengan anak-anak kita.

Kami Istighfar,
WARGA PRIHATIN


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "semakin membiak manusia membuat zina...bayi jadi mangsa keadaan...."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info