SEDIH SUAMI TINGGAL GANTUNG TAK BERTALI DAN HANYA TIDUR BAWAH JAMBATAN DENGAN MEMBESAR ANAK



Pelabuhan Klang: Derita berganda dilalui seorang wanita apabila tidak hanya ditinggalkan suami dalam keadaan gantung tidak bertali sejak 2010, malah turut menghidap penyakit kanser payu daranya tahap empat selain sawan dan lelah.

Lebih malang apabila Azlina Zainal Abidin, 39, yang sakit perlu membesarkan dua anaknya, Muhammad Ikram Abdul Hafiz,16, dan Iliza Izati Shari, 13.

Penderitaan dan kemiskinan dialami keluarga itu menyebabkan Muhammad Ikram hanya mampu bersekolah setakat darjah enam.

Selain itu, Iliza Izati yang berada di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Indah, di sini, tidak bersekolah sejak sebulan lalu kerana tidak mampu membayar tambang bas.

Azlina berkata, dia mengambil tanggungjawab sebagai ibu dan bapa membesarkan kedua-duanya anaknya serta menguruskan keluarga.

“Kami orang susah, malah ketika hidup bersama suami pun kami pernah tinggal di bawah jambatan di Pelabuhan Klang kerana tidak mampu menyewa rumah.

“Sejurus suami menghilangkan diri pada 2010 saya membesarkan anak bersendirian dengan mengutip bahan terbuang di sekitar Klang.

“Saya kini tidak mampu keluar mencari kotak dan botol memandangkan keadaan kesihatan tidak menentu disebabkan penyakit kanser, sawan dan lelah dihadapi,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Perigi Nenas di sini, semalam.

Menurutnya, rumah sewa diduduki ketika ini hasil tanggungan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Sewa rumah ini dibayar LZS setiap bulan dan saya turut mendapat bantuan zakat RM250 sebulan serta anak-anak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing RM100 sebulan.

“Wang itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian dan kos rawatan kanser dan sawan saya. Setiap bulan saya mengeluarkan RM200 untuk rawatan, ubat-ubatan dan tambang ke hospital,” katanya sebak.

Malah Iliza juga mengalami penyakit sawan dan perlu dirawat.

“Akibatnya kami pernah berlapar selama empat hari kerana tidak mampu membeli makanan,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu dengan menghulurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun BSN Azlina di 10003-41-00004270-5.


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "SEDIH SUAMI TINGGAL GANTUNG TAK BERTALI DAN HANYA TIDUR BAWAH JAMBATAN DENGAN MEMBESAR ANAK"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info