SEDIH FAMILY HILANG SEKELIP MATA ANDAI AKU TAHU PASTI AKU IKUT SEKALI MEREKA


Kuala Terengganu: Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas tengah hari tadi kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.

"Ketika bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya ke Kuantan tapi terpaksa menolak. Esok saya kena ambil kertas akhir untuk subjek Matematik.

"Tidak lama selepas itu, saya diberitahu mereka (keluarganya) terlibat dengan kemalangan," kata pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembusu ini.

Bapanya Azaman Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.

Kereta Toyota Camry dipandu bapanya dilapor terbabas dan merempuh belakang treler.

Anak sulung ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Perodua di Padang Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Baharu pada 1 November ini.

"Saya sangat sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lalu saya baru

sahaja kematian ibu," katanya. - BERNAMA




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "SEDIH FAMILY HILANG SEKELIP MATA ANDAI AKU TAHU PASTI AKU IKUT SEKALI MEREKA"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info