sayang .... abang tak kisah klu nak berhenti kerja sebab abang boleh tangung semuanya....




'Kalau Rasa Dah Stabil & Nak Berhenti Kerja, I Izinkan' - Suami



Bukan tanggungjawab isteri untuk mencari nafkah. Tetapi zaman sekarang ini semuanya menggunakan duit. Jadi, isteri terpaksa bekerja untuk membantu keluarga.

Isteri saya sendiri bekerja. Kadang-kadang dia merungut juga bila balik dari kerja, penat dan stress di pejabat. Lalu saya berkata kepadanya;

"Dulu bertahun-tahun you belajar sampai ke luar negeri. Banyak duit parent you dah habis. I tak akan sesekali halang you nak kerja. Penat you belajar dulu untuk dapatkan degree dan master. Duit gaji you, macam-macam you boleh guna. You nak simpan ke, sedekah ke, itu hak you. Sekarang pun income you 5 angka. Jawatan you pun tinggi.

"Sebagai suami, I bangga dengan you. Ini semua sebab berkat you taat dengan I. Murah rezeki you.

"Satu lagi, kalau jadi apa-apa pada I, you masih ada duit sendiri untuk survive. Masih boleh mampu membesarkan anak. Sudahlah harta kita tidak banyak mana pun. Simpanan, EPF dengan insuran I, memang I letak you sebagai penama. Tetapi kalau bukit kena cangkul hari-hari, lama kelamaan boleh rata juga.

"Selama ini you yang menguruskan financial rumah semua. You minta duit pun I tak pernah tanya untuk apa. Kalau you rasa kita dah stabil dan you rasa nak berhenti, I izinkan. You kerja pun you dapat ramai kawan di pejabat.

"Dulu waktu kita susah, waktu I lama tak ada kerja, kalau you tak kerja pada waktu itu, I tak tahulah macam mana kita nak hidup. Semua you cover pada masa itu. Semua yang you bantu, Tuhan saja yang akan membalasnya.

"Selama you bekerja ini, selama itulah you kumpul pahala. Mana yang you guna duit you untuk keluarga, I tak mampu bayar balik tetapi Syurga saja menanti untuk you. Sebab itu I selalu minta you halalkan. Kan I selalu pesan, jangan buat semua ini sebab you sayang I atau buat sebab anak. Tetapi buatlah sebab Allah. You anggap ini ibadat you. Kalau you ikut cara ini, you tak akan langsung mengeluh penat ke, stress ke. Stress ini kita cari sendiri sebenarnya. Kita yang putuskan nak stress atau sebaliknya. Okay sayang?" kata saya padanya.

Sebab itu, suami yang mana isterinya bekerja, hargailah jasa isteri itu. Fahami yang dia juga turut merasa penat. Kita bila tiada duit, bila anak sakit, bila kereta nak ditarik atau tiba-tiba ibu telefon suruh balik, duit isteri kita juga yang dikorek. Dia tidak kisah pun tetapi kita sebagai suami janganlah zalim. Jangan menganiaya dia nak buat semua kerja rumah ini. Suami yang zalim itu dibenci Allah dan Nabi. Cukuplah orang benci kita, jangan Tuhan pula yang membenci kita. Bahaya bang! - Shahrul Irfan

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.





http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "sayang .... abang tak kisah klu nak berhenti kerja sebab abang boleh tangung semuanya...."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info