rumah kambing rentung dalam kebakaran ....68 ekor tak dapat diselamatkan




Teluk Intan : Sebanyak 68 kambing mati rentung dan tidak dapat diselamatkan oleh pemiliknya dalam kebakaran kandang ternakan haiwan itu di Jalan Parit 13, Kampung Air Deras di sini, 5.15 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan kandang kambing berukuran 12.2 meter x 30.5 meter yang musnah terbakar 95 peratus.

"Sebanyak 68 ekor kambing mati rentung dan tidak dapat diselamatkan oleh pemiliknya.

"Anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran 300 kaki hos satu pancutan air jentera dan air terbuka berdekatan sehingga selesai," katanya.

Menurutnya, operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan serta mendapat bantuan BBP Hutan Melintang diketuai Penolong Pegawai Bomba Aizal Imri Abd Rahman tamat 8.35 pagi.

Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 21 Oktober 2015 @ 2:36 PM


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk " rumah kambing rentung dalam kebakaran ....68 ekor tak dapat diselamatkan"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info