polis keluarkan waran tangkap kepada pelakon dan model kerana kes dadah



Petaling Jaya: Mahkamah Majistret di sini, petang tadi mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul selepas gagal hadir pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri berhubung kes dadah, tiga tahun lalu.

Majistret Nazri Omran memutuskan demikian selepas pelakon itu gagal hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali tanpa alasan.

Mengikut pertuduhan, Zarina, 29, dan rakannya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, didakwa atas pertuduhan positif dadah jenis methamphetamine Pejabat Narkotik Damansara dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember 2012.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 November ini untuk sebutan kes.

Dalam pada itu, Zarina kelihatan hadir ke mahkamah pada sebelah pagi, bagaimanapun pada prosiding perbicaraan yang ditetapkan pada 2.30 petang, kelibatnya tidak kelihatan menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.





http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "polis keluarkan waran tangkap kepada pelakon dan model kerana kes dadah"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info