perhhhh lega sesiapa kena saman aes jpj xpayah bayar-selamat duit



PUTRAJAYA - Lebih dari 1.6 juta kesalahan trafik yang dirakam oleh kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum ini mungkin akan dibatalkan tidak lama lagi, lapor The Sun.

Difahamkan, pihak berkuasa mungkin akan menggugurkan pertuduhan terhadap pesalah trafik dan membatalkan denda yang berjumlah setengah bilion ringit yang dikutip dari kes AES sejak September 2012.

Kesalahan trafik yang direkod dari kamera-kamera AES di 14 lokasi telah digantung sementara waktu sejak 18 Disember 2012 atas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) atas alasan teknikal.

Kerajaan juga dijangka bersedia menggugurkan kesalahan yang dirakam oleh AES sewaktu peringkat awal perlaksanaan AES untuk melangkah ke fasa kedua.

"Tindakan di bawah peringkat awal telah dijejaskan dengan masalah-masalah teknikal yang timbul dari proses pengumpulan bukti yang mana bukan dibuat oleh pegawai penguatkuasaan, sebalik kakitangan syarikat swasta.

"Pihak pertama di pusat kawalan AES yang telah menyusun gambar-gambar resolusi tinggi kesalahan trafik, ialah kakitangan syarikat-syarikat swasta.

"Peranan pihak pertama yang mengumpul gambar-gambar bukti ini sepatutnya dilakukan oleh polis atau pegawai penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukannya kakitangan syarikat swasta. Inilah yang menjadi punca masalahnya," kata sumber.

Kes-kes beku di mahkamah telah dikenal pasti sebagai halangan utama kepada pelaksanaan fasa kedua AES yang mana akan dijalankan oleh agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.

Kerajaan sudah bersediah untuk mengambil langkah luar biasa untuk membatalkan kes-kes sebelumnya untuk memulakan sistem penguatkuasaan elektronik semula.

"Jumlah besar kes-kes mahkamah yang tertunggak di Fasa pertama AES ini seperti membebankan kerajaan. Kami perlu menangani masalah ini untuk mengelakkan AES menjadi sebuah kapal tenggelam," kata seorang pegawai kanan kerajaan.

"Perlaksanaan kedua AES akan meliputi 350 lokasi pada suku pertama 2016akan menjadi seperti membuka lembaran baru. Kali ini, kerajaan akan melaksanakannya dengan lebih tepat," katanya.

Ditanya sama ada keputusan untuk membatalkan kes-kes beku AES itu akan menimbulkan rasa tidak adil kepada pesalah lain yang sudah membayar kompaun AES, pegawai itu berkata:

"Ini adalah satu ujian asid untuk kerajaan. Mungkin kerajaan boleh membayar balik denda itu bagi membuktikan bahawa AES bukan satu latihan yang mendatangkan keuntungan, tetapi satu program sebenar untuk menyelamatkan pengguna jalan raya.

Dari 1.91 juta saman yang dikeluarkan dari September 2012 sehingga 30 April tahun ini, hanya 264,750 kompaun AES yang berjumlah RM76,747,750 telah dibayar oleh pesalah trafik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang dihubungi The Sun bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Anda patut ajukan soalan itu pada pihak JPJ. Beri saya masa untuk semak perkara ini. Saya ada banyak perkara yang perlu diutamakan," katanya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad mengenai kes-kes AES yang tergantung.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga tidak memberikan sebarang respon mengenai perkara ini. - THEHYPEMEDIA.COM





http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "perhhhh lega sesiapa kena saman aes jpj xpayah bayar-selamat duit"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info