per0g0l yang mer0gol budak 11 tahun sehingga mengandung di kuala pilah ditahan


Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada November tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail,30, yang bekerja sebagai pemandu lori, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut pertuduhan, dia dituduh merogol kanak itu yang merupakan murid sekolah rendah di daerah Jempol, di sebuah rumah di Kampung Batu Bakar,Bahau.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya, Kaiyisah Shukri memohon tertuduh tidak diikat jamin memandangkan keseriusan kes merogol kanak-kanak berusia 11 tahun dan tangkapan tertuduh mengambil masa lama kerana melarikan diri.

Tertuduh yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah dari yayasan bantuan guaman kebangsaan Seremban, memohon agar dia dibenarkan diikat jamin atas budi bicara mahkamah.

Hakim Sazlina membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan serta melarang tertuduh mendekati mangsa atau keluarga mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes. – Bernama





http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "per0g0l yang mer0gol budak 11 tahun sehingga mengandung di kuala pilah ditahan"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info