penyanyi lagu popular ditahan kerana miliki senjata api



Home Hangat Selebriti Amir Ukays Ditahan Miliki Senjata Api
Amir Ukays Ditahan Miliki Senjata Api




KUALA LUMPUR - Seorang vokalis sebuah kumpulan yang pernah popular pada sekitar tahun 90'an ditahan polis awal pagi tadi kerana memiliki senjata api, lapor Harian Metro

Berdasarkan salinan laporan kes yang tersebar, vokalis yang dimaksudkan itu adalah Amir atau Mohd Azmir bin Muhammad Yusuf, dari kumpulan Ukays.


Amir, 46, ditahan di Kampung Chubadak, Sentul, selepas Unit Cawangan Pencegahan Jenayah menemui kereta Proton Gen 2 yang dipandunya dalam keadaan yang mencurigakan.

Amir ditahan pada jam 1.45 pagi dan pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol Walther CP99 yang ditemui di atas tempat duduk pemandu sebelum mengaku memiliki pistol berkenaan.

Amir juga mempunyai satu rekod jenayah lampau yang membabitkan kes dadah pada 2004 yang kini ditahan untuk siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - THEHYPEMEDIA.COM



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "penyanyi lagu popular ditahan kerana miliki senjata api"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info