padah r0gol budak umur 3 tahun penjara 10 tahun warga myanmar


SHAH ALAM - 'Harapkan pagar, pagar makan padi.' Begitulah halnya dengan seorang lelaki warga Myanmar yang merogol anak rakannya berumur tiga tahun ketika membantu menjaga budak itu.

Bagaimanapun tindakannya membawa padah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan ke atasnya selepas mendapati dia bersalah melakukan perbuatan itu dua tahun lepas.

Hakim Rozi Bainon menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Myo Nyunt, 36, pekerja kilang, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.  

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 28 Oktober 2013.

Seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.  

Tertuduh didakwa merogol kanak-kanak yang juga warga Myanmar ketika budak itu berumur tiga tahun sembilan bulan di sebuah kilang di Sungai Rasah di sini, antara 11 pagi dan lima petang, 27 Oktober 2013.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi sementara tertuduh diwakili peguam Ahmad Mukmin Aimi Azmi.

Terdahulu, dalam kenyataan impak mangsa, ibu kanak-kanak itu berkata beliau kesal dengan perbuatan tertuduh yang mengambil kesempatan ke atas anak kecilnya.

Dengan teresak-esak wanita itu berkata beliau bimbang perkara sama berulang ke atas anak sulung daripada tiga beradik itu.

Ibu kanak-kanak itu meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan setimpal ke atas tertuduh. - Bernama






http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "padah r0gol budak umur 3 tahun penjara 10 tahun warga myanmar"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info