MISTERI ZAMANI, DADAH & RUMAH PENGASIH


MISTERI ZAMANI, DADAH & RUMAH PENGASIH

Masyarakat memang sedang FOBIA dengan perkataan culik. Kerana itu berita penculikan Zamani dari Rumah Pengasih jadi gempar. Alhamdulillah Zamani tampil buat lapuran polis untuk menolak dakwaan itu.

Zamani mendakwa meninggalkan Rumah Pengasih dengan sengaja dan rela. Namun begitu, apabila beliau meninggalkan MyKad dan wang peribadinya, itu pertanda beliau 'pergi' dengan tergesa-gesa.

Siapa sahaja yang bertanggungjawab menjaga beliau di rumah itu pasti akan merasa sangat curiga dan berprasangka dengan 'pemergian' seperti itu.

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

Perlakuan Zamani 'melarikan diri' seperti itu adalah amat dikesali. Seharusnya beliau berbincang dengan elok dengan pihak pengurusan jika sekalipun beliau sudah tekad untuk keluar meninggalkan pusat pemulihan itu. Orang kata,

"Janganlah jadi kera dapat bunga"

"Jika datang nampak muka, biarlah pergi nampak punggung".

"Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat yang merawat kita".

ARTIS DAN DADAH

Penglibatan artis dengan dadah menjadi trend di barat dan ia juga telah menjadi 'trend' artis kita di negara ini buat sekian lama.

Lebih menyedihkan apabila remaja kita pula terikut-ikut dengan habit artis ini. Wabak dadah yang telah menular di merata ceruk negara sejak sekian lama ini seperti MUSTAHIL untuk dibendung. Motto AADK dan Kerajaan Selangor yang menetapkan "Selangor Bebas DADAH pada 2015" seperti "JAUH PANGGANG DARI API".

Baru beberapa hari lepas kita mendengar berita hukuman gantung kepada anak Allahyarham Azean Irdawati akibat jenayah dadah. Nafi punya nafi, akhirnya tertangkap buat kilang dadah terus.

Pengilang dan pengedar inilah pengkhianat agama, bangsa dan negara kita sebenarnya. Hari-hari berita TV memaparkan tangkapan dadah, baik pengedaran atau penagihan. Dari anak sekolah sampailah 'pasangan' warga emas.

SEKALI TERJEBAK, SELAMANYA NAZAK

Kami ingin kongsikan pengalaman kami dalam memulihkan penagih dadah tegar ini. Kebanyakan mereka telah terlibat berpuluh tahun, sebahagiannya sejak di bangku sekolah lagi.

Ada yang telah 6 kali 'disimpan' di Pusat Serenti dan bertahun-tahun di penjara. Mereka tetap menagih semula sebaik sahaja keluar dari pusat dan penjara. Sebagaiannya meneruskan pengambilan dadah dari DALAM tahanan lagi.

Kesimpulan kami ialah, hampir mustahil untuk berhenti menagih dadah 100% jika tiada apitan dan pengawasan pada jadual harian dan pengisian jiwa mereka oleh orang yang ikhlas secara istiqomah. Kita hanya mampu menjauhkan mereka dari sumber dadah dan mengisi minda serta masa mereka dengan ilmu dan kerja berfaedah sampai mereka mati.

Apabila mereka keluar dari lingkungan yang bersih dan berjumpa semula dengan rakan dan sumber dadah mereka, maka dengan cepat mereka akan sambung semula untuk mengubati 'KERINDUAN' mereka terhadap dadah.

Oleh itu janganlah sekali-kali 'mencuba' najis dadah ini.

Atas fenomena itulah juga masyarakat sukar menerima mereka. Orang yang ketagihan dadah ini agak GILA-GILA. Terkadang lebih gila dari orang gila. Ibu, bapa dan keluarga sendiri sanggup dibunuh. Anak isteri sendiri pun sanggup dilacurkan.

KESIMPULAN


Bacakan dan peringatkan selalu anak-anak dan kaum kerabat kita. Najis dadah ini jangan sekali-kali dicuba walaupun sekadar untuk suka-suka. Sekali terjebak dadah, hampir mustahil untuk melupakannya kerana chemistry dadah itu melekat dan sebati dalam otak/minda dan tisu badan kita, bukan sekadar dalam darah sahaja.

Setelah kita terlibat dengan dadah, pergerakan hidup kita akan sangat terbatas. Untuk pulih, kita harus berada dalam komuniti yang bersih untuk membantu mengapit diri kita agar tidak terjerumus semula.

Masyarakat pula akan sentiasa memandang hina kerana sikap prejudis mereka terhadap kita. Itu sukar dibendung kerana tabiat kita sendiri yang menakutkan mereka lalu membuatkan mereka lari dan membenci.

Ada baiknya jika Zamani boleh pulang dan bersemuka semula dengan pihak pengurusan. Mungkin agak sedikit malu-alah, namun itu lebih baik daripada terus diburu rasa bersalah dan malu yang berpanjangan.

WARGA PRIHATIN
*********************

Didakwa Lari Dari Pengasih, Zamani Buat Report Polis

19 Oktober 2015 : Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim menafikan telah melarikan diri atau diculik daripada Rumah Pengasih, sebaliknya bertindak keluar dari pusat itu atas kerelaan dirinya sendiri.

Sehubungan dakwaan itu, Zamani dilaporkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 3.45 pagi, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, mengesahkan perkara tersebut.

"Saya mengesahkan Zamani tiba ke IPD Muar pada jam 3.45 pagi semalam untuk membuat polis," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.

Akhbar hari ini melaporkan penyanyi berusia 44 tahun itu didakwa melarikan diri dari Rumah Pengasih di Kuala Lumpur pada jam 10.26 malam, Khamis lalu dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.

Kejadian itu dipercayai dapat dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) rumah pengasih berkenaan, sebelum pihak pengurusannya membuat laporan polis kerana bimbang penyanyi itu diculik.

Zamani juga dipercayai terpaksa meninggalkan beberapa dokumen pengenalan diri termasuk MyKad, beberapa barangan peribadi dan sejumlah wang di rumah Pengasih terbabit, sebelum bertindak keluar dari pusat itu

Sumber: Berita Harian Online



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "MISTERI ZAMANI, DADAH & RUMAH PENGASIH"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info