kenapa gadis melayu mudah terpengaruh nak jadi putih sedangkan muka kulit berwarna gelap???



Sewaktu makan malam tadi, saya dikejutkan dengan satu pertanyaan dari jurutera Peranchis. Katanya dia perhatikan perempuan-perempuan Asia di negara2 yang dia lawati terutamanya Asia Tenggara seperti "kemaruk" nak jadi putih. Macam2 produk pemutihan diiklankan di kaca TV.

Dia tanya kenapa? So it became a topic of discussion over dinner. Jurutera2 lain berikan pelbagai komentar yang rata2 menyalahkan perempuan2 tersebut. Salah satunya ialah tiada keyakinan diri.

Secara peribadinya saya bersetuju sebab saya kenal beberapa orang yang dahulunya hitam manis tapi tiba2 skrg putih melepak (dan mereka ini secara peribadinya saya kenali sbg individu yg kurang keyakinan diri).

Jadi saya buka cerita tentang sejarah "white supremacy" dan kaitannya dengan industri kecantikan. Semasa era "white supremacy", piawai kecantikan adalah PUTIH. Siapa saja yg bukan putih, tidaklah nampak kecantikannya. Tapi piawai ini telah dicabar oleh tokoh terkenal COCO CHANEL. Pada tahun 70an, beliau telah muncul di sebuah majlis fesyen terkemuka, berjalan di atas karpet merah dengan kulitnya yang sawo matang. Beliau menjadi "trend setter" dan bermulalah kegilaan wanita2 Barat bersantai di pantai semata2 untuk menggelapkan kulit.

Bermula dari situ, model2 berkulit hitam dan sawo matang mulai diberikan peluang untuk menjadi model fesyen berjalan di atas pentas peragaan dan menjadi penghias kulit majalah fesyen. Coco Chanel adalah seorang pencetus revolusi!

Tapi sayangnya industri komestik dan kecantikan hari ini telah membunuh revolusi yang dibangkitkan oleh wanita hebat ini dan perjuangannya untuk kesamarataan warna kulit. Industri yg bernilai billion dollar ini hanya memikirkan keuntungan dan "memangsakan" wanita2 yang mempunyai keyakinan diri rendah utk mempercayai bahawa definisi kecantikan itu adalah "putih". Jadi kedengaranlah tagline seperti "Que Putih...que putih...bla bla bla".

So what if you're not white ?! Beauty is in the eyes of the beholders. Apa yang cantik di mata anda, belum tentu cantik di mata saya.

So be confident with yourselves. Orang yang mempunyai keyakinan diri yg tinggi akan sentiasa kelihatan menarik walaupun hidung tak mancung, bibir tak merah bak delima merekah dan kulit tidak putih melepak seperti artis K Pop. Stop reading beauty magazines. Ianya adalah agen industri komestik dan kecantikan yang motifnya hanyalah keuntungan. Banyakkan membaca buku2 ilmiah. Wanita yang bijak dan punya keyakinan diri, akan sentiasa kelihatan cantik dan menarik walaupun berkulit gelap.

Stop wasting money on skin whitening products. Instead, start spending on books! - Lia Ramli







http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "kenapa gadis melayu mudah terpengaruh nak jadi putih sedangkan muka kulit berwarna gelap???"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info