jikalau kamu semua lambat datang ke sekolah kena cuci toilet lagi



'Kalau Lambat Sekali Lagi, Kena Cuci Tandas!"



Nasif dan Nafis lambat tiba ke sekolah. Sampai di sekolah, mereka diminta masuk ke pejabat dan ditanya nama bapa. Kemudian mereka dibenarkan masuk ke kelas.

Mesej peringatan kerana lewat dihantar terus kepada nombor telefon bimbit bapa. Itulah yang sepatutnya. Bapa yang menghantar hingga anak terlewat ke sekolah, bukanlah salah si anak. Lalu hukuman tidak diberikan kepada si anak tadi. Tidak pasti pula apakah 'hukuman' yang akan diberikan kepada bapa jika menerima peringatan lebih beberapa kali.

Teringat ketika Naufal dan Nadiyah sempat bersekolah di Malaysia. Nama mereka dicatit oleh pengawas apabila mereka terlewat ke sekolah dihantar oleh bapa. Mereka terpaksa berdiri di barisan yang berbeza dari kelas mereka. Ada ketika, 'dijemur' lebih lama. Ada ketika lain, guru memberi ugutan.

"Kalau lambat sekali lagi, kena cuci tandas!"

Dan pelbagai lagi denda yang dikenakan. Saya kira begitulah sejak saya kecil sehingga sekarang inilah cara 'hukuman' yang diaplikasikan di sekolah di tanahair. Saya tidak pernah bersetuju dengan cara seperti itu. Anak-anak akan menjadi sentiasa takut untuk ke sekolah setiap pagi kerana ada hari mereka tidak mampu mendesak bapa mereka untuk lebih cepat dari biasa.



Sebetulnya, peringatan mahupun hukuman yang diberi kepada anak-anak perlulah adil dengan kesalahan mereka. Jika ia diluar kuasa si anak, kita telah berlaku tidak adil dalam mendidik mereka. Bukan salah mereka semata-mata kerana terlewat ke sekolah. Bila mereka dihukum dengan cara pukul rata, secara tidak langsung kita telah mengajar mereka untuk menghukum mereka atas kesalahan pihak lain.

InshaAllah perubahan boleh dilakukan dalam sistem kita untuk kebaikan semua. - Ummu Naufal

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "jikalau kamu semua lambat datang ke sekolah kena cuci toilet lagi"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info