"Gila, pergilah tarik telinga anak sendiri. Anak orang lain dianggap sampah,




JOHOR BAHRU - Seorang pelajar perempuan cedera di bahagian telinga selepas dipulas dengan kuat oleh seorang guru, lapor mForum Cari.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah SJKC di Timur Utara, Johor Bahru, Dato Sri Darusslam yang memuat naik video dan gambar anaknya yang cedera itu mendakwa telinga kanan anaknya dipulas dengan kuat oleh seorang guru sehingga menyebabkan pendarahan.

Lapor China Press, ibu bapa mangsa telah pergi berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut untuk membuat aduan dan minta penjelasan mengenai insiden itu. Namun enggan mendedahkan isi perbincangan mereka kepada pihak media.


Dalam video tersebut, mangsa terpaksa menahan kesakitan apabila kecederaan di telinga kanannya itu dibersihkan sebelum disapu dengan ubat.

Netizen pula mengkritik tindakan guru terbabit yang agak melampau sehingga mendatangkan kecederaan.

"Gila, pergilah tarik telinga anak sendiri. Anak orang lain dianggap sampah, anak sendiri pula dianggap seperti permata yang berharga. Paling benci ada cikgu seperti itu. Berani cederakan anak orang lain, berani tanggung akibatnya.

"Kesian budak perempuan tu. Walaupun dia melakukan kesalahan pun, tiada sebab untuk menghukumnya sehingga mendatangkan kecederaan," kata netizen.

Difahamkan guru terbabit telah digantung tugas sementara waktu dan pihak sekolah akan menjalankan siasatan. - THEHYPEMEDIA.COM




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk ""Gila, pergilah tarik telinga anak sendiri. Anak orang lain dianggap sampah, "

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info