gadis dicab3l oleh doktor kerajaan dengan memegang pay3daranya...mangsa


Seorang wanita 29 tahun mendakwa dicabul seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor.

Hanya mahu dikenali sebagai “Miss T”, beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu berkata mahu memeriksa pernafasan beliau tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.

Miss T juga mendakwa doktor kemudian mengarahkannya membuka baju, termasuk coli tetapi beliau menolak sebelum doktor itu memasukkan tangan ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.

Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.

Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini wanita itu masih belum dipanggil memberikan keterangan.


“Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.

“Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain,” kata Miss T dalam sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini.

miss t cabul doktor kerajaan

Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin dalam sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.

Beliau hadir dalam sidang media memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi balai polis yang menerima laporan itu serta klinik terbabit.






http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "gadis dicab3l oleh doktor kerajaan dengan memegang pay3daranya...mangsa"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info