dunia kian perhujung-gempaq penduduk terpinga melihat bayangan bangunan di langit


BEIJING - Ribuan penduduk di China mendakwa mereka ternampak bandar terapung di langit.

Penduduk di Jiangxi dan Foshan terkejut apabila mereka menyangka apa yang dilihat itu adalah bangunan pencakar langit, lapor Daily Mail.

Namun menurut pakar kaji cuaca berkata, fenomena itu adalah disebabkan oleh ilusi optik yang dikenali sebagai Fatamorgana.

Fatamorgana merupakan sebuah fenomena ilusi optik yang biasa terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir. Farmorgana adalah pembiasan cahaya melalui kepadatan yang berbeza sehingga ia boleh membuat sesuatu yang tidak ada menjadi seolah-olah ada di situ.

Fenomena ini biasanya berlaku di tempat-tempat panas. Seringkali berlaku di gurun pasir. Fatamorgana ini menyerupai danau atau air atau pun ktao. Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin.

Pengendali YouTube Paranormal Crucible berkata, video yang tersebar ini dirakam oleh seorang penduduk tempatan menunjukkan sebuah bandar besar terapung di langit di sebalik awan.

"Penampakan ini telah disaksikan oleh ribuan penduduk tempatan. Namun penampakan itu hanya bertahan beberapa minit sebelum ia benar-benar hilang,"

Mereka juga mendakwa, kehadiran kota di atas langit itu juga mungkin percubaan dari Projek Blue Beam. Projek Blue Beam adalah satu konspirasi yang mendakwa Nasa akan mengsimulasikan serangan makhluk asing di Bumi atau kedatangan Kristus melalui hologram.

Ada beberapa pihak juga mendakwa, penampakan bandar terapung itu dilakukan oleh NASA untuk menguji teknologi holografik. - THEHYPEMEDIA.COM - THEHYPEMEDIA.COM


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "dunia kian perhujung-gempaq penduduk terpinga melihat bayangan bangunan di langit"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info