DIJEL 5 TAHUN MILIKI LAWI AYAM


DIJEL 5 TAHUN MILIKI LAWI AYAM

Kota Bharu - Seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap tuduhan memiliki lawi ayam, minggu lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd SahriI Mohd Nawawi, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 14 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah lawi ayam berukuran 26 sentimeter di tepi jalan di Kampung Banggol Pak Esah, Selising, Pasir Puteh pada jam 4.30 pagi, 14 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro






http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "DIJEL 5 TAHUN MILIKI LAWI AYAM"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info