DAMIA JALANI KIMOTERAPI PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN dana rawatan jangkamasa panjang masih perlukan RM70,000




DAMIA JALANI KIMOTERAPI PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN
dana rawatan jangkamasa panjang masih perlukan RM70,000

Petaling Jaya -
Adik Damia Irdina 10 tahun , baru2 ini pada 30.9.2015 telah selamat menjalani satu pembedahan di PPUM Petaling Jaya bagi rawatan kanser tulang paha yang dihadapinya.Pagi tadi Damia telah tiba semula di sini untuk mendapatkan rawatan kimoterapi yang pertama selepas pembedahan..dan akan meneruskan rawatan ini setiap 2-3 kali sebulan datang ke PPUM dari kampungnya di Perak.

Keluarga...
Adik Damia yang berasal dari CHEMOR Perak merupakan anak sulong dari 4 beradik , bapanya seorang tukang rumah manakala ibunya seorang surirumah.

Kos..
Sepertimana disiarkan disini juga di media massa sebelum ini , kos untuk pembedahan dan rawatan jangka masa panjang untuk Damia adalah RM160,000.
Alhamdulillah hasil sumbangan dari orangramai kos untuk pembedahan mencukupi sebelum tarikh pembedahan baru2 ini.

Bantuan..
Selain sumbangan orangramai hingga kini Damia juga ada menerima sumbangan dari pihak berwajib seperti Yayasan Negeri Perak , Baitulmal dan JKM yang sedikit banyak dapat menambah jumlah dana yang diperlukan.
Jumlah dananya terkumpul sehingga pagi tadi adalah RM90,000 dan masih memerlukan RM70,000 bagi meneruskan rawatan jangka masa panjang yang dijangka memakan masa 2 tahun.

Ketika dihubungi..ibunya merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah membantu anaknya.

Mereka yang ingin membantu Damia boleh salurkan sumbangan terus ke akaun ibunya seperti di gambar.

SEMOGA DAMIA CEPAT SEMBUH DAN DAPAT KE BANGKU SEKOLAH SEMULA BERSAMA RAKAN2 YA

"Together We Help"


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "DAMIA JALANI KIMOTERAPI PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN dana rawatan jangkamasa panjang masih perlukan RM70,000"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info