berhati-hati van WKE 5208 kerana kes perculikan dikawasan sentul k.l




As salam dan Selamat Sejahtera.

Just nak share dgn warga FB sebagai tindakan berhati2..

Pada 15 Okt 2015 dalam jam 5pm, sebuah van putih dalam keadaan mencurigakan lalu lalang depan rumah pengasuh anak saya di Taman Pelangi, Sentul. Van tersebut lalu lalang sebanyak 3 kali. Pada masa tersebut, ada beberapa org kanak-kanak termasuklah anak saya sedang bermain di halaman rumah. Kali ke 4 lalu van tersebut berhenti depan rumah pengasuh dan kelihatan seperti membuat panggilan telefon namun tidak pula melihat kpd pengasuh yg kebetulan berada di halaman rumah.Tidak lama kemudian sebuah Alphard putih juga lalu dengan pemandu bercakap ditelefon. Melihat keadaan mencurigakan, pengasuh cepat2 kunci pagar dan bawa budak2 masuk.menyedari kehadirannya disedari, van tersebut beredar pergi. (sama dgn modus operandi culik sebelum ni, van putih riki keadaan, kemudian kanak2 diculik oleh Alphard).

Pada 19 Okt 2015, van putih dilihat berlegar-legar di sekitar Taman Pelangi, dan dihujung jalan Taman Pelangi. Van dilihat berkomunikasi dengan penunggang sebuah motosikal. Tak lama kemudian, berlaku kejadian pecah rumah di Jalan 10 Taman Pelangi. Van putih berhenti depan rumah seolah-olah memastikan line clear, membuat panggilan telefon. tak lama kemudia sebuah motor dtg dgn penunggangnya memecah masuk rumah dan merompak. Tuan rumah pada masa itu sedang solat dalam bilik.

Hari ini 20 Okt 2015, van putih tiba2 berhenti depan rumah pengasuh anak saya lebih kurang jam 2pm. Selepas kejadian 15 Okt 2015, pengasuh mmg kunci pagar rumah. Tapi kebetulan hari ini ada org hantar barang, pengasuh pun kebetulan nak keluar, pagar tak dikunci. Tiba-tiba saja van tersebut telah berhenti depan rumah pengasuh. Kebetulan suami saya sampai untuk mengambil anak-anak. Melihat ketibaan suami saya, van tersebut cepat-cepat beredar. Suami sempat mengambil gambar dan merekodkan no pendaftaran van tersebut.

WKE5208

Jiran pengasuh telah ambil gambar tersebut dari suami dan akan buat report Polis.

PDRM mohon siasat kejadian ini. Atau hantar anggota untuk meronda di Taman Pelangi. Sebelum ni pun kerap berlaku kejadian pecah rumah/rompak. Harap jgn terjadi kejadian culik pula.huhu..

Rakan FB, sila berhati2 dan ambil tindakan pencegahan. Saya izinkan share untuk tujuan kebaikan.Doakan keselamatan anak2 saya, anak jagaan pengasuh, keluarga pengasuh dan seluruh penduduk Taman Pelangi, Sentul.

Sekian.


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk " berhati-hati van WKE 5208 kerana kes perculikan dikawasan sentul k.l"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info