anak durjana sanggup acukan pisau pada ibunya untuk membunuh




KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, setelah mengaku salah mengacukan sebilah pisau kepada ibunya hanya kerana tidak menyerahkan wang seperti yang diminta.

Mohammad Sahdan Razali Kamaruddin, 26, dari Seberang Takir, Kuala Nerus, mengaku salah telah mengugut mangsa yang berusia 49 tahun, dengan cara mengacukan sebilah pisau dengan niat untuk menakutkan mangsa.

Dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah itu di sebuah rumah di Seberang Takir pada 7 Julai lalu, kira-kira jam 7.40 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, pada 7 Julai lalu, kira-kira jam 7.40 malam, semasa mangsa sedang berehat di ruang tamu rumah, secara tiba-tiba anak lelakinya (Mohamad Sahdan Razali) datang menghampiri sambil mengacukan sebilah pisau.

Anak lelakinya berbuat sedemikian dipercayai mahu mengugut mangsa agar menyerahkan sejumlah wang kepadanya.

Meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan, bimbang keselamatan dirinya dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "anak durjana sanggup acukan pisau pada ibunya untuk membunuh"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info