aduhai kerana kecuaian doktor aku kena bedah kali 2 selepas bersalin


SUNGAI PETANI - Seorang ibu muda mendakwa kakitangan Hospital Sungai Petani telah melakukan kecuaian tertinggal kain kasa pembalut luka (Gauze) di dalam kemaluannya selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.

Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25, sebelum itu telah dimasukkan ke hospital itu dan melahirkan anak secara normal.

Bagaimanapun, dua hari selepas bersalin, mangsa sering mengalami kesakitan di celah kangkang sebelum gauze tersebut secara tiba-tiba terkeluar dari kemaluannya selepas diurut di bahagian perut oleh ibunya.

"Setiap kali saya mahu duduk atau berdiri, saya sering rasa sakit pada celah kangkang. Saya beranggapan ia mungkin disebabkan jahitan selepas melahirkan anak," katanya.

Akibat kecuaian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku yang terkumpul di dalam rahimnya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kecuaian kakitangan hospital berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "aduhai kerana kecuaian doktor aku kena bedah kali 2 selepas bersalin"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info